Saturday, 9 September 2017

#2 Fardhu Ain Test



Assalammualaikum and a good day to everyone! So for last week, I'm having a short Fardhu Ain Test with my friend. Well, it's kinda feel weird because I couldn't be in fully prepared for my test. I was too busy with a few programmes here, but I know, I can't make an excuse 😕 I should be more serious in revising Fardhu Ain, I guess. Hmm, feel kinda ashamed on myself. It's okay, I need to buck up and keep myself busy, more focus in every single things that I learnt. You can do it Intan! ✌👀

And now, these are the questions that have been asked by my friend. The question seems easy right, haha. But when it comes to me, explaining it, Oh my, can feel that I'm the worst student ever 😖 Okay so here goes the questions with its own explainations ; 
  1. Sebutkan Dalil atas kewujudan Allah.

    Allah itu wujud tidak ada syak kepada kewujudan-Nya.

    Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 10
     قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ قَالُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا تُرِيدُونَ أَنْ تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ
    Berkata rasul-rasul mereka: "Apakah ada keragu-raguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu untuk memberi ampunan kepadamu dari dosa-dosamu dan menangguhkan (siksaan)mu sampai masa yang ditentukan?" Mereka berkata: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu menghendaki untuk menghalang-halangi (membelokkan) kami dari apa yang selalu disembah nenek moyang kami, karena itu datangkanlah kepada kami, bukti yang nyata".

    Tiada syak pada kewujudan-Nya. Alam ini dalil ke atas kewujudan Allah kerana tidak sah pada akal,wujud sesuatu perbuatan tanpa pembuatnya. Sepertimana tidak sah pada akal. Wujudnya tulisan tanpa penulis atau sesuatu pembinaan tanpa pembinanya. Maka Alam ini terlebih utama untuk ada baginya pencipta. Dan penciptanya itu adalah Allah taala.

    Dalil akal bagi kewujudan Allah.

    Suatu hari Imam Abu Hanifah di cabar oleh seorang Atheis dan dia ingin berdebat dengan Imam Abu Hanifah. Jadi dia mencabar Imam Abu Hanifah datang ke suatu tempat. Bila tiba hari itu, Imam Abu Hanifah ditunggu oleh orang Atheis itu. Namun, Imam Abu Hanifah lambat. Orang Atheis tersebut ingat Imam Abu Hanifah itu pengecut. Sebelum dia beredar, Imam Abu Hanifah muncul di tempat tersebut.


    👨Imam Abu Hanifah : Maafkan aku, ada benda yang berlaku.
    💚Atheis : Apa yang telah berlaku?

    👨Imam Abu Hanifah : Aku kena menyeberangi sungai. Aku tidak tahu bagaimana ingin menyeberangi sungai tersebut. Tiba-tiba aku nampak sebatang kayu balak dibawa air. Kemudian kayu balak tersebut bertukar menjadi sebuah kapal.

    💚Atheis : Kau tipu. Itu tidak logik.
    👨Imam Abu Hanifah : Kalau la kapal yang tertampak pembuatnya tidak diterima akal, macam mana wujudnya Alam merupakan sebesar-besar alam tanpa pencipta.

  2. Apa makna asyhadu ala illahaillallah?

    Makna asyhadu ala illahaillallah secara am ;
    Aku mengiktiraf dengan lisanku, Aku beriktikad dengan hatiku, bahawasanya tiada yang layak disembah melainkan Allah SWT.

    Dengan maknanya tidak ada sesuatu yang berhak untuk tunduk kepada-Nya dengan setinggi-tinggi puncak ketundukkan melainkan Allah. Dan ini merupakan makna berkaitan dengan ibadah/sembah.

    Barangsiapa yang melakukan/mamberi setinggi-tinggi puncak ketundukkan (ibadah) kepada selain Allah, maka dia seorang yang syirik kepada Allah. Dan tidaklah makna ini membawa maksud semata-mata menyeru/meminta tolong atau memanggil itu adalah satu ibadah.
  3. Apa makna Al-Wahid?
    Dalam satu hadith;
    "Allah itu telah wujud sejak azali dan tidak sesuatu pun selain-Nya"

  4. Apa makna Al-Ahad?

    Kata sebahagian Ulama'; Al-Ahad sama makna Al-Wahid dan kata sebahagian yang lain Al-Ahad itu adalah yang tidak menerima kepada pembahagian yaitu sesuatu yang tidak boleh dibelah bahagi kerana Allah tidak berjisim. Kerana sesuatu yang berjisim itu, boleh dibelah bahagi atau berlaku kepadanya pembahagian secara logik akalnya. Adapun Allah, Dia tidak berjisim.

    Dalil dalam Al-Quran,
    Surah Al-Ikhlas (Ayat 1)

    قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
    Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.


    Firman Allah SWT, pada ayat yang menceritakan penghinaan Allah terhadap golongan kafir. 
    Firman Allah Taala, 


    Surah Zukhruf (Ayat ke-15)



    وَجَعَلُوا لَهُ مِنْ عِبَادِهِ جُزْءًا ۚ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَكَفُورٌ مُبِينٌ
    Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah).

    Kata Imam Abu Hassan Asy-'Ari dalam Kitab Nawadin;

    "Barangsiapa yang beriktikad bahawa Allah itu jisim, maka dia bukan seorang yang mengenal Allah. Dan sesungguhnya dia seorang yang kafir"

  5. Apa makna Al-Awal dan Al-Qadim?

    Sebelum wujudnya bumi, langit, awan, bintang-bintang, matahari, air, manusia, udara, sebelum semua perkara tersebut, Allah telah wujud. 

    Contoh :

                                               

    Kita ada 5 jari yang Allah dah ciptakan. So, as we know, kita ada thumb, then grooming finger, middle finger, ring finger and lastly is little finger. Jadi, kalau di sini saya tanya setelah little finger apa? Mana ada jari kan, so kita x tau apa yang ada after our little finger. Dekat sini, kita boleh katakan, hal yang zahir di mata pun kita tak dapat nak tahu tentang pengakhirannya, apatah lagi kewujudan Allah yang sudah pasti tiada pengakhiran-Nya. 

    Same goes to our thumb, before thumb what we have? Nothing right. We dont even know what's before our thumb. Jadi, hal ini yang terbatas pada akal kita. Allah itu tiada permulaan bagi kewujudan-Nya. 

No comments:

Post a Comment