Ahli sunnah wal jamaah meyakini bahawa Allah itu tidak sama dengan makhluk ciptaanNya dari apa jua sudut sekalipun. Inilah yang kita belajar sebagai
مخالفته للحوادث.
مخالفته للحوادث.
Allah juga tidak berhajat/tidak perlukan kepada seluruh makhluk ciptaanNya. Yang berhajat kepada yang lain, maka dia adalah lemah. Yang lemah tidak layak menjadi Tuhan. Maka mustahil Allah berhajat kepada yang lain. Inilah syarahan bagi sifat
قيامه بنفسه.
قيامه بنفسه.
Maka disebabkan itulah para ulama ahli sunnah wal jamaah salaf dan khalaf mengatakan bahawa akidah kita adalah -Allah ada tanpa bertempat-(bukan di satu tempat dan bukan di mana-mana tempat). Kerana:
1. Allah tidak sama dengan makhluk. Yang berada di satu tempat atau dimana-mana tempat adalah makhluk. Jika Allah bertempat maka Dia sama dengan makhluk dan ini mustahil kerana Allah berfirman:ليس كمثله شيء yakni tiada suatupun yang menyerupainya.
2. Allah yang menciptakan tempat, Dia tidak perlukan kepada tempat kerana yang perlukan kepada yang lain, lemah. Yang lemah tidak layak menjadi Tuhan.
No comments:
Post a Comment