Saturday 26 August 2017

Sifat-Sifat Allah SWT (Dua Kalimah Syahadah)



  1. Al-Wahid

    Al-Wahid bermaksud;
    • Allah Maha Esa
    • Tiada sekutu bagi Allah SWT
    • Satu (dalam bahasa Arab)

      Sebolehnya kita tinggalkan perkataan satu dan kita katakan Allah SWT itu Maha Esa ataupun Dia-lah yang tunggal yang tiada sekutu bagi-Nya.
  2. Al-Ahad
    • Bermaksud yang tidak boleh dibelah-bahagi (sesetengah ulama' mentakrifkan)
    • Tidak boleh dibelah-bahagi menunjukkan kepada sesuatu yang bukan berjisim sebab jisim adalah sesuatu yang mempunyai size,lebar dan kedalaman.
    • Jadi sesuatu yang berjisim, ia boleh dibelah bahagi. Adapun Allah SWT oleh kerana dia tidak berjisim, maka Allah SWT tidak boleh dibelah-bahagi.
    • Maka kerana itulah kita menisbah sifat Allah dengan Al-Ahad yakni tidak boleh dibelah bahagi
  3. Al-Awallun Qadimu
    • Bermaksud kewujudan-Nya yang tiada permulaan.
    • Al-Awal bukan bermaksud Allah itu wujud paling awal tetapi bermaksud tiada permulaan bagi kewujudan Allah SWT; sebab Allah SWT wujud sejak azali
    • Dalam satu hadith;
      "Allah itu telah wujud sejak azali dan tidak sesuatu pun selain-Nya"
  4. Al-Qadim
    • Bermaksud kekal yang mana tiada pengakhiran bagi kewujudan Allah SWT.
    • Kita sebagai makhluk ada permulaan dan pengakhiran bagi kewujudan kita. 
    • Sebagai contoh, saya lahir 1996, itu titik mula kewujudan saya,dan suatu hari nanti saya akan mati, dan itulah titik pengakhiran kewujudan saya. 
    • Maka ini menunjukkan bahawa saya adalah makhluk, kerana ada permulaan dan pengakhiran bagi kewujudan saya.
  5. Al-Hayyu
    • Bermaksud Maha Hidup
    • Maha Hidup Allah SWT bukanlah seperti mahkluk.
    • Hidup bagi Allah SWT tidak berhajat kepada oksigen, air, sepertimana yang dihajati oleh manusia.
    • Itu makna Allah Maha Hidup.
  6. Al-Qayyum
    • Bermaksud Allah SWT tidak berhajat kepada segala sesuatu yang dicipta-Nya.
      Kerana apa?
      Ada satu kaedah yang diajarkan ulama' Allah SWT mustahil bagi-Nya berhajat kepada sesuatu kerana ;
      a. Setiap yang berhajat itu lemah
      b. Yang lemah itu tidak layak dipertuhankan
    • Sebagai contoh;
      - Intan hanya boleh angkat 50kg, tiba-tiba yang perlu diangkat oleh Intan 60-70kg. Maka Intan tidak mampu dan berhajat kepada bantuan seseorang. Maka bilamana Intan berhajat kepada sesuatu, itu menandakan Intan lemah. 
    • Dalil dalam Al-Quran;
      Kata Allah;
      " Maka sesungguhnya Allah SWT Al-Ghani (Maha Kaya), tidak berhajat kepada sesuatu di alam ini"
  7. Ad-Daim
    • Bermaksud Maha Kekal Abadi
    • Kewujudan-Nya tiada pengakhiran sepertimana sahnya kewujudan Allah tanpa permulaan begitu juga dengan sahnya kewujudan Allah tanpa pengakhiran.
    • Dalil Allah sebutkan dalam Al-Quran;
      Allah SWT tiada titik permulaan bagi kewujudan-Nya dan tiada pengakhiran bagi kewujudan-Nya
    • Bukan bermaksud wa-awal Dia-lah yang paling awal, tetapi bermaksud tiada permulaan bagi kewujudan-Nya.
    • Hal ini kerana, zat-Nya itu wujud sejak azali dan zat tersebut azali abadi
  8. Al-Khaliq
    • Bermaksud Maha Pencipta
    • Mencipta yang disandarkan kepada Allah SWT adalah mengeluarkan sesuatu yang tidak ada kepada ada
    • Contoh :
      Intan 20 tahun sebelum ni Intan tak wujud lagi. Kemudian Allah SWT mengadakan Intan daripada tiada kepada ada. Dan sekarang Intan wujud. Allah SWT yang telah menciptakan Intan. Maka itulah yang dimaksudkan dengan mengadakan sesuatu yang tidak ada kepada ada. 
    • Adapun yang dinisbahkan kepada manusia, mencipta itu/ini, inovasi;
      a. yang ini bukan bermaksud kepada dia (manusia) mencipta daripada tiada kepada ada.
      b. mereka hanya cuba mengubah sahaja kerana yang mencipta sebenar-benarnya ialah Allah SWT.
      c. Allah yang ciptakan idea/akal fikiran mereka,lalu mereka mengubah perkara tersebut kepada sesuatu yang diilhamkan oleh Allah.
      d. bukan mereka(manusia) yang menciptakan kerana sifat mencipta hanya layak diberikan kepada Allah SWT.
  9. Ar-Razziq
    • Bermaksud Maha Pemberi Rezeki
    • Bermaksud Allah lah yang memnyampaikan seluruh rezeki milik-Nya kepada seluruh hamba-Nya.
  10. Al-Alim
    • Bermaksud Allah SWT Maha Mengetahui
    • Pengetahuan Allah SWT bukan seperti pengetahuan manusia,bahkan pengetahuan Allah itu azali.
    • Yang mana ilmu Allah SWT tidak berubah,tidak bertambah dan tidak berkurang. 
    • Bahkan pengetahuan Allah tidak seperti pengetahuan para ulama'.
    • Maka ilmu Allah berlaku sejak azali lagi.
    • Allah SWT dengan ilmu-Nya mengetahui perkara yang telah berlaku dan Allah SWT tahu perkara yang akan/bakal berlaku.
    • Bahkan dengan ilmu Allah SWT yang azali, dia tahu perkara yang tidak akan berlaku.
    • If perkara yang tidak akan berlaku, berlaku. Maka Allah juga tahu bagaimana ia berlaku.
    • Contoh ;
      Dalam Al-Qur'an Allah sebutkan tentang perkara yang tidak akan berlaku dimana orang kafir yang dihumban ke dalam api neraka, mereka meminta Allah mengembalikan mereka hidup di dunia untuk beribadah kepada allah, beriman kepada Allah. Allah SWT tahu perkara itu tidak akan terjadi
    • Hatta,kalau benda ini berlaku, Allah tahu orang kafir pun dikembalikan kepada dunia, mereka tidak akan beriman. Mereka akan tetap kufur kepada Allah SWT.
  11. Al-Qadir
    • Bermaksud Maha Berkuasa
    • Maha Berkuasa bermaksud Allah SWT berkuasa ke atas segala sesuatu.
    • Ke atas segala sesuatu bermaksud perkara yang harus bagi akal kewujudan-Nya ataupun ketiadaan-Nya
    • Contoh:
      Adanya Intan,tiadanya Intan, itu perkara yang boleh diterima akal. Maksudnya kalau Allah SWT nak wujudkan seorang perempuan yang bernama Intan, maka Allah akan wujudkan. Akal boleh terima. Dan begitu juga Allah SWT hendak mahukan ketiadaan wujudnya seorang perempuan yang bernama Intan, maka Allah tidak akan wujudkan seorang yang bernama Intan. Akal juga boleh terima. Maka kewujudan Inran ataupun ketiadaan Intan adalah perkara yang harus bagi akal. Ataupun dalam bahasa arab dinamakan "Munkinal ti akli"
    • Ini adalah contoh bahawasanya kewujudan ALlah SWT ciptakan sekarang ini adalah perkara yang harus bagi akal kewujudan-Nya dan ketiadaan-Nya. Maka Allah SWT, Dia berkuasa ke atas segala sesuatu perkara yang harus bagi akal kewujudan-Nya dan ketiadaan-Nya.
  12. Al-fa'alul lima yurid
    • Allah Maha Menentukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya

      Allah SWT Maha Menentukan apa sahaja yang dikehendakinya-Nya. Bahkan tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan-Nya, menghalang daripada Dia melakukan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. 
💙😷Andai kata si fulan, Allah SWT takdirkan baginya sakit yang menyebabkan dia akan maut (mati). Maka andai kata didatangkan seluruh doctor pakar dimuka bumi untuk merawatnya, jika Allah SWT menghendakinya kematian. Nescaya dia akan mati walaupun dia dirawat oleh berjuta-juta doktor pakar.

💚👊💫Begitu juga dengan si fulan yang dia dipukul oleh seluruh mafia, seluruh gangster di atas muka bumi ini sampai nak mati, jika Allah SWT kehendakinya untuk terus hidup, nescaya dia akan terus hidup. Maka kehendak Allah SWT sentiasa akan berlaku.

"Apa yang kalian kehendaki, tidak akan berlaku melaikan dengan kehendak Allah SWT. Dialah Allah sekalian alam."

 Ini adalah dalil yang menunjukkan Allah SWT, Maha Menentukan segala benda yang dikehendaki-Nya. 

No comments:

Post a Comment